Monday, April 4, 2011

Penjual Ayam Yang Stylo

Assalamualaikum,

Da lama rasenye aku tak mengarut dekat belog aku neh, jadi aku pon merajin-rajinkan la diri untuk menaip barang satu dua cerita untuk dijadikan pedoman di masa akan datang... Ceewah. Bajet kau pakar motivasi ke ape? Poyo je lebih. ok la, berbalik kepada tajuk di atas, aku sebenarnya nak tanya la kat korang, pernah ke korang jumpa penjual ayam yang stylo? Lebih-lebih pon mesti korang jumpa yang berniaga pakai sempoi-sempoi je. Tapi kalau korang nak jumpa, pegi la ke Pasar Taman Universiti tiap-tiap hari Ahad pagi. 

Sebenarnya, aku nak cerita apa yang aku buat tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad pagi sampai tengah hari (kire part-time job aku la). Setiap hari Sabtu (kalau aku tak keje la) dan juga hari Ahad (kalau aku xterbangun lambat), aku akan tolong bapak mertua aku berniaga ayam di Pasar Taman Universiti. Tapi tengok keadaan jugak la, bukan ape kekadang aku ada keje part-time lain, tolong katering member bapak mertua aku. Kalau nak di kire memang banyak keje-keje part-time yang aku buat:

1) Buat design sticker untuk motor kawan-kawan,
2) Menconteng kasut kawan-kawan nak bagi lagi cantik,
3) Buat dekorasi meja kerja gambar katun-katun ciptaan aku.
4) dan macam-macam lagi la...

Tapi keje part-time jual ayam kat pasar ni memang best, ye la pegi keje kol 7.30 pagi belum kol 1.00 petang da balik rumah. Kalau nak dikirakan penat, cuba korang cakap keje apa yang tak penat? Makan nasik pon kadang-kadang penat korang tau tak. Kalau nak dikirakan, aku dah biasa jual-jual ayam ni. Sebab masa aku keje kat Jusco Bukit Indah dulu pon, aku keje kat Meat Department aka 'Kedai Menjual Daging dan juga Ayam'. Kira ade experience la jugak.

 amacam? stylo tak? rambut ala-ala korea tp jual ayam

 MEM menunjukkan skill memotong kuku kaki ayam

memotong ayam perlukan konsentrasi

Betol tak aku cakap? Mana ada penjual ayam lain yang stylo macam aku, potong ayam lek-lek je jam tak bukak. Nasib baik la jam G-Shock, walaupon replica je tapi tetap berkualiti. Kalau korang nak tau, nak jual ayam kat pasar ni memerlukan korang bukan setakat pandai memotong ayam tapi juga pantas mencantas part-part ayam tersebut. Aku kekadang tu kena tapau jugak dengan bapak mertua aku 'kalau camni la ko potong ayam, mau lusa orang baru dapat makan ayam'. Tapi aku tau bapak mertua aku cuma bergurau sambil cabar aku potong ayam lebih pantas lagi. 

So, sape-sape yang nak beli ayam yang aku potong boleh la datang ke:

Gerai Menjual Ayam Segar Cinta Azali. 
Gerai no. 60 Pasar Taman Universiti, 
81300 Skudai, Johor Bahru.

InsyaAllah aku boleh potong mengikut kehendak dan citarasa korang. Potong 10, potong 12, potong 14, potong 16, potong sampai lumat pon aku boleh buat. Tapi tiap-tiap hari Ahad je la, sebab hari-hari biasa aku keje Al-Ikhsan. Lagi satu jangan korang datang time hari Isnin plak, Isnin adalah hari cuti bagi semua warga pasar tak kira dimana pasar berada.

Ok la, aku rasa macam dah tepu je otak ni memikir nak tulis ape. Jadi sampai sinii je la ye... Wassalam..



2 comments:

  1. bergaya betul rambut penjual ayam. haha

    ReplyDelete
  2. hahaha... thanks bro, ni rambut orang yang xmampu beli minyak rambut... miahahaha...

    ReplyDelete