Monday, April 18, 2011

Kenangan Yang Terindah

Aku dan rakan-rakan yang lain masih lagi dalam mode 'kehilangan'. Jadi dengan itu terimalah sebuah video yang di'edit' sepenuhnya oleh Hajar (my lovely wife <3). Harap rakan-rakan semua dapat menghayati setiap bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Brothers ini. 


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Dalam kehidupan kita ini pasti akan tiba masa untuk berpisah. Tak kira la berpisah hidup ataupon mati. Yang pasti semua orang akan menghadapinya. Kita sebenarnya patut bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenali antara satu sama lain. Apa yang pasti semua ini telah ditakdirkan untuk kita semua. Semoga kenangan yang terindah ini sentiasa diingati sampai bila-bila... Wassalam..


Sunday, April 17, 2011

Family Reunion

What a day. 17/05/2011 Hari yang memenatkan tapi sungguh menyeronokkan. Walaupon tak semua ahli keluarga aku dapat berkumpul, still meriah. Pagi tadi pukul 9 akak aku da sampai dengan 2 orang anak sedara aku, sempat lagi dia buat kuey teow goreng yang sangat best untuk sarapan. Lokasi kali ni adalah rumah aku di Taman Universiti. Kalau nak diikutkan, cuma Along dengan Uda je yang da pernah sampai rumah baru aku ni. Along masa die tolong aku pindahkan barang, pastu Uda ngan Kak Intan pulak time die ambik aku mase nak balik kampung. 

Hari ni, turn Akak, Along ngan Deq Fafa, Acik ngan Kak Mah dan juga Mak ngan Ayah Aji. Tak dilupakan juga si kecik yang sungguh  keletah Azfar Hazim. Upacara dimulakan dengan aktiviti masak-memasak yang diketuai oleh Akak yang mana dibantu oleh Mak, Huny dan Kak Mah. Aku pulak menjalankan operasi membakar arang di halaman rumah dan dibantu oleh 'fire starter' berjenama cap ayam. Hasilnya, seluruh pelusuk rumah aku dipenuhi dengan asap... hahahaha.

Jam menghampiri pukul 11.30 pagi, maka operasi memanggang ayam pon bermula. Kejap-kejap aku jengah ke dalam rumah, alamak! diorang da nak siap masak la plak. Aku punya ayam panggang bermadu letak atas tempat bakar pon tak lagi. Dengan pantas macam kucing melintas jalan, aku susun kepak-kepak ayam panggang bermadu di atas tempat bakar. Perghh! bau dia memang buat aku lapar. tapi ku tahan Jebat. 

Bila da siap masak ayam, sampai masa untuk makan plak. Kat depan mata terhidang macam-macam jenis lauk, Ikan Salmon Kari, Ikan Duri Asam Pedas, Ayam Panggang Bermadu versi aku, Betik Muda Goreng dan diserikan dengan Jeli Buah sebagai pencuci kaki (ahhahaha, pencuci mulut la). Proses permakanan dimulakan dengan Bismillahhirrahmannirrahim dan disudahi dengan Alhamdulillah di akhirnya. 

makan ramai-ramai memang best




Apa-apa pon, terima kasih kepada Mak, Ayah Aji, Akak, Acik, Kak Mah dan tak dilupakan budak-budak kecik Along, Deq Fafa ngan Hazim sebab sudi bertandang ke teratak yang serba sederhana ni dan tolong masak macam-macam makanan yang sedap-sedap (Burp!). Kepada Huny, terima kasih sebab tolong Bee kemas rumah... TQ All... Wassalam...