Thursday, March 31, 2011

Makan-Makan Sampai Perut Kembong

Gendang padat telinga pekak, makan kenyang sangat perut senak. Ini la yang aku rasa bila selesai mentakedarah tadi. Setelah perancangan asal untuk makan 'steambot' berubah, aku dan isteri mengikut putaran stereng kereta rakanku serta keluarganya menuju ke destinasi permakanan yang tak pernah aku jejaki. 

Aku ni jenis yang agak cerewet dalam bab-bab makan ni. Sekali aku rasa tak sedap makan di satu-satu kedai makan, jangan berharap la yang aku akan jejakkan kaki lagi ke sana. Lebih-lebih lagi kalau harga yang perlu aku bayar tak setimpal dengan apa yang aku makan, pasti aku sumpah seranah tokey kedai tersebut. Tapi yang jelas mereka tak akan dengar, sebab aku sumpah seranah dalam hati. Damn.

Kalau aku nak bagi korang petunjuk jalan ke kedai makan yang terletak di Taman Tunku Tun Aminah ni, Ok bila sampai triffic light korang belok kanan, jumpa simpang belok kiri, pastu kiri lagi, lepas tu korang ikut gerak hati korang la. hahaha...  kompom korang tak kan sampai punya. Sebab aku sendiri pon bukan tau sangat jalan kat johor ni. Ni pon kira nasib baik orang yang drive, kalau tak memang kat Kedai Makan Cahaya je la tempat aku dan isteri makan. 

Ok, kita sambung semula cerita. Kedai makan ni sebenarnya adalah sebuah rumah yang mana dibina kedai makan di halaman rumahnya. Tak ada signboard, so aku pon tak tau apa nama kedai makan ni. Abang kacak selaku tukang ambik order merangkap tukang buat air menyapa kami untuk mencatat pesanan ringkas umpama sms tapi padat berupa minuman dan juga makanan yang bakal memenuhi ruang perut kami semua. Nasi ayam 2, mee goreng 1, nasi goreng kampung bersulam telur mata 1, mee bandung 1, mee hai lam 1 dan juga semangkuk penuh sup 'gearbox' kambing. Perghh.. makan besar nampaknya disitu, tapi bukan untuk aku sorang. Tapi untuk 6 orang dowh..



tu diaaa.... mee hailam dan sup 'gearbox' kambing

 mee hailam yg sedap tahap supreme..

sup 'gearbox' kambing yg..... TERBAEKK!!

Kalau aku tau macam ni punya sedap, da lama aku bawak isteri aku makan kat sini. Mee hailam die memang cukup segala rencah berbanding mee hailam yang sebelum ni aku rasa. Ada yang rasa sos tiram je, kekadang ada yang tak berasa. Dan yang paling penting, sup 'gearbox' kambing dia memang sangat TERBAEK!!. Harga yang perlu kami bayar memang berpatutan sekali, RM 45 hengget untuk 6 orang punya makan. Memang berbaloi-baloi.

Kalau ada rezeki, pasti aku akan ke kedai makan ni lagi. Ok la, perut pon da kenyang, mata pon da layu. Maka sampai sini je la ye.... Wassalam.





No comments:

Post a Comment