Monday, April 11, 2011

Lukisan Kehidupan

Salam,

Apa yang aku nak kongsikan hari ni adalah sesuatu yang kadangkala kita sendiri tak jangka. Dengan hanya menggunakan lukisan dapat mengekspresikan apa yang sebenarnya terselindung, tersorok, tersurat dan tersirat disebalik rantaian garisan-garisan halus di dalamnya. Aku seorang pencinta seni, walaupon aku xpandai bermain alatan muzik namun keindahan apa sahaja yang ada di dunia aku lagukan di dalam lukisan-lukisanku yang xseberapa. Aku bukan seorang pelukis handalan yang boleh menyaingi kartunis OREN tapi aku cuba sebaik mungkin untuk mencapai tahap seperti beliau. 

Berbalik kepada tajuk kat atas tu, korang cuba perhatikan lukisan kat bawah ni dan cuba intrepetasikan <-- (macam salah je aku tulis.. ah, lantaklah) apa yang korang nampak dan apa yang korang paham.



Ada antara korang yang akan cakap xde ape2 pon, yang nampak cuma orang, burung kakak tua dan juga musang yang agak comel di kaki orang tersebut. Ada juga yang bagi komen, xde la comel mane lukisan kau... Wei aku suruh terjemahkan lukisan aku la setan... bukan suruh kau komen lukisan aku.. Tapi apa yang aku cuba sampaikan, inilah realiti kehidupan sebenar. Manusia diciptakan dengan pelbagai karenah dan perangai, xterlepas juga yang busuk hati, iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak kurang yang berlumba-lumba untuk menjatuhkan orang lain. 

Gambar lelaki tu, aku gambarkan sebagai seorang pemimpin yang mana dia seorang yang tegas dalam memberikan arahan, bercita-cita besar. Pemimpin yang terlalu mempercayai orang-orang 'kanan' dan 'kiri'nya. Manakala burung kakak tua pula menggambarkan orang 'kanan' pemimpin tersebut yang patuh pada arahan, namun mengangguk xsemestinya setuju, mengangguk xsemestinya mengikut kata. Apa agendanya kita xtau, satu hari pasti tangan pemimpin itu akan dicemari najis dari perbuatan burung tersebut.

Musang yang ala-ala comel gamaknya tu pulak, jangan ingat boleh dimanjakanikan (eh, silap plak) dimanjakan. Musang a.k.a orang 'kiri' adalah haiwan yang licik dan semestinya pelbagai strategi akan diatur untuk menggulingkan pemimpin itu, lihat sahaja pada ekornya yang melingkari tiang. Memang sah kaki pembelit. Dunia...dunia... Kita sememangnya tidak dapat menduga hati manusia, niat tak menghalalkan cara. Apa yang perlu kita lakukan adalah berwaspada, mungkin satu hari kita menghadapi situasi yang sama. <--- (perghh... dah macam pantun plak aku dengar)

Renung-renung, dan selamat termenung.... Wassalam..

2 comments: