Saturday, March 19, 2011

Aku, Kartun dan Dekorasi Meja Kerja

Sepanjang aku bekerja dekat tempat baru (Al-Ikhsan) selama hampir 8 bulan, aku rasa banyak betul masa yang terluang. Nak kata takde keje nampak macam aku ni menipu sangat, ye la tempat keje apa yang xde keje? Tapi dalam kesibukan aku membuat keje, ada jugak la masa yang dapat aku luangkan untuk melukis kartun. Dengan penuh seriusnya aku nak nyatakan dekat sini, aku bukan seorang pelukis yang handal. Setakat conteng-conteng tu bolehla. Lukisan aku yang pertama agak sinonim dengan diri aku sendiri, lukis 'aku' bagi nampak hensem sikit walaupon pada hakikatnya takde la hensem mana pon. Niat asalnya aku nak lukis basikal, tetiba jadi orang plak (pelik btol aku rase)...

                                                    Inilah hasilnya...


"Hensem bukan, macam setan". Hahahaha. Kan aku dah cakap, aku bukan reti melukis sangat pon, maka setat hari tu, bermulala keje-keje membuat dekorasi meja kerja aku. Pantang bos takde je, aku mesti melukis. Ye la, kekadang tepu jugak otak aku ni asyik nak menghadap keje kat opis ni (mesti korang ingat keje aku ni senang kan, dok mengangkang je tunggu masa balik.. hahaha). Sesekali aku nak kena release tension jugak, jadi segalanya aku luahkan dekat atas kertas keras yang dengan murah hatinya dan atas ihsan pemberian budak-budak 'Marketing' (thank you guys). Yang seterusnya, masih lagi bercirikan diri aku (ye la, meja aku takkan la aku nak letak gambar orang laen plak). Cuma bezanya, kali ni aku buat ala-ala chibi. Konon-konon macam comel la, wei aku memang comel ok (perasan).

                                                    Hasil keje yang ke-2


Hoyeah-hoyeah... "Ya Allah, comelnye budak dalam gambar ni. Makcik rasa macam sesuai sangat kalau dibuat menantu", kata seorang makcik pada aku. "Terima kasih je la makcik, budak ni dah ada yang punya. Makcik cari je la calon yang laen ye", balas aku. Perghhh, perasan gila aku ni. Budget comel sangat la kan (dialog diatas hanyalah rekaan semata-mata). Untuk hasil kerja yang lain-lain pulak, korang boleh la meng'klik' link yang aku sertakan kat bawah ni...

http://www.facebook.com/album.php?id=1097025310&aid=2030135

Maaf la ye, link kat atas ni untuk mereka-mereka yang ada Facebook je. Tapi, ada lagi ke orang yang takde Facebook? (no comment) <----- ayat artis nak elak soalan cepu cemas. Hahahaha. Dekat link ni korang boleh la melihat hasil-hasil keje aku yang terdahulu, yang mana aku conteng-conteng kasut/selipar orang nak bagi lagi comel.

Andai ada sesiapa yang berminat, bolehla meng'inbox'kan permintaan korang dekat inbox Facebook aku @Encik Ekaiy 詹朱里. Ataupon korang bolehla drop comment dekat sini. Aku charge murah-murah je. Ok la, setakat ni saja yang aku nak taip, kepala pon dah berat, hidung pon da berair (plz go away wahai encik selsema... I hate U). As-Salam.




No comments:

Post a Comment