Tuesday, March 22, 2011

Durian Oh' Durian

Sepertimana yang kita semua tahu, durian merupakan raja segala buah. Manakala manggis pula adalah permaisuri buah. Kalau mengikut logik cerita cinta dongeng ataupun yang nyata, raja dan permaisuri seharusnya berkasih-kasihan. Tapi dalam konteks buah-buahan pula, agak berlainan. Cuba bayangkan durian menghempap manggis, kompom lunyai punya lah. Macam mana nak berkasih-kasihan? "Apa punya gila la fakta cinta kau ni KurtDean", jelas seorang rakan. Ntah la, sebenarnya aku sendiri pon tak paham apa yang aku tulis, hahaha. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan, jadi mari kita sama-sama renungkan.

                                          Isi durian yang kuning keemasan

Hantu durian, Gila durian dan macam-macam lagi gelaran bagi penggemar-penggemar durian seantero dunia. Mereka-mereka ini makan durian ibarat makan nasik, setakat 5-6 biji tu kira petik jari kaki je la. Di pasaran terdapat bermacam-macam gred durian yang dijual. Yang mana aku sendiri pon tak berminat nak ambik tau. Sebab apa? Sebab aku adalah antara manusia dekat atas muka bumi ni yang tak makan durian.

Sejarahnya begini, dulu aku merupakan antara yang boleh digelar ‘hantu durian’. Aku boleh makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa tanpa ada rasa 'panas'. Sejak aku mula bekerja di Jusco, durian adalah antara musuh terdekat aku. Di awal pembabitan aku bekerja di Jusco, aku telah ditugaskan di bahagian ‘Fish Department’ atau dalam bahasa yang lebih mudah ‘Kerja jual ikan’. Korang sendiri boleh mengimaginasikan sendiri bau-bauan yang perlu aku hadapi di kedai ikan aku ni, yang mana aku perlu 'hadap' setiap hari selama setahun. Aku kalau pegi keje memang tak payah pakai perfume dah, sebab masuk keje je kompom bau aku bertukar ke bau ikan.

Dan yang lebih penting, korang mesti tau kan yang dekat Jusco ade jual durian Siam. Ala, yang jual dalam polystrine tu. Kalau korang tengok harga ‘bapak’ mahal, padahal berapa ketul je isinya. Nak dijadikan cerita, masa aku tengah menunggu pelanggan sambil membuat muka comel (ibarat nak kena pelempang). Tiba-tiba tuan punya kedai durian dan saudaranya berjalan di depan kedai ikan aku sambil menolak troli yang berisi kulit-kulit durian yang mana isinya telah disumbat ke dalam polystrine.

Untuk pengetahuan korang, bau durian Siam ni agak berlainan dengan durian-durian biasa yang lain. Sebab durian Siam ini diperam menggunakan 'KARBAID' nak bagi cepat masak, YA karbaid yang korang guna buat main meriam buluh dulu tu. Berbalik pada cerita aku tadi, percampuran bau antara bau hanyir ikan dan juga bau durian Siam betul-betul buat aku mual. Kombinasi keduanya menghasilkan bau yang boleh aku klasifikasikan seperti ‘Bau Kasut But Bola Yang Basah Selepas Digunakan Yang Mana Terkempam Dibawah Sofa Selama Seminggu’. Tatkala itu juga aku terus 'over-dose' atau nama saintifiknya muntah.

                                          Hoyeah-hoyeah... No durian please!

Dari saat itu, aku bertekad yang aku tak akan makan durian lagi. Akan tetapi, tempoyak aku makan jugak sebab tempoyak sedap (tak ada bau durian) hahaha.

Erm.. Aku rasa macam panjang sangat je entri kali ni. Ok la, cukup sampai disini. Wassalam

No comments:

Post a Comment