Saturday, April 16, 2011

Untuk Kali Yang Terakhir

15/04/2011 merupakan tarikh keramat untuk warga Product Department, kerana ianya merupakan hari terakhir buat Acik Yatt di Al-Ikhsan. Sebagai seorang rakan sekerja dan juga seorang adik, pemergian Acik Yatt sememangnye sangat-sangat dirasai.

Petang Jumaat itu begitu suram, sesuram hati-hati kitorang semua. Hujan turun dengan lebat bagai mengerti rintihan dan kesedihan warga Product. Hati mana yang tak sedih bila orang yang dah dianggap bagai seorang kakak pergi meninggalkan kitorang semua? Sape yang nak tolong kitorang? Sape yang nak back-up kitorang lagi kalau ada problem? Sape lagi yang boleh bagi tunjuk ajar kitorang? Persoalan tu masih lagi terngiang-ngian dalam benak ni.

Dan di waktu petang tu jugak, aku renung satu-satu wajah rakan-rakanku. Kesedihan mereka memang dah tak dapat disembunyikan lagi. Masing-masing hanyut dalam emosi sendiri, rasa tersentuh hati ni tapi aku cuba jugak gagahi. Sudah pukul 5.45 petang, sepatutnya aku sudah rasa seronok sebab lagi 15 menet nak balik. Tapi rasa tu langsung tak ada... KOSONG... Hanya itu yang aku rasa, hanya itu jugalah yang rakan-rakan lain rasa. 

Aku temankan Acik Yatt ke Department Prizing dan Transfer. Satu-satu tangan disalam memohon kemaafan andai ada silap dan salah. Adegan peluk-peluk dan laga pipi antara wanita mula berlangsung. Jelas sekali hatinya begitu berat nak meninggalkan semuanya, namun keadaan yang memaksa. Aku tinggalkan Acik Yatt dan naik ke atas semula. Persiapan untuk 'Suprise Farewell Dinner' perlu disiapkan. Walaupun dalam keadaan tergesa-gesa, namun segalanya berjalan seperti yang dirancang.

Kini, tiba masa untuk sessi bermaaf-maafan untuk warga Product pula. kalau nak diikutkan, mahu saje aku balik waktu tu. Sebab aku tau, aku pasti takkan dapat mengawal emosi. Bibi, Yaya, Aziah, Ida, Kak Fadz, Nik, Atie, Cik Naz, Saby, dan Kak Fiza dah pun bersalaman dan memaafan dengan Acik Yatt, aku? Aku cuba lari, 'Kuden, ko tak nak salam aku ke? Langkahku terhenti, berpaling. Dalam emosi yang tak menentu, buat pertama kali aku salam dan mencium tangan orang yang ku anggap macam kakak dalam opis, walaupun kebanyakkan masa dia lebih kepada seorang kawan yang sempoi dan selamber.

tak dapat menahan kesedihan

 mata da bengkak

masing-masing dalam emosi

Antara dengar dengan tidak 'Kuden, nanti aku da takde ko jangan deil-degil tau. Aku tau ko boleh buat. Tahan sikit. Jangan biar orang pandang rendah pada Secondary Brand lagi' lebih kurang macam tu la. Airmata aku da tak tertahan lagi. Ye, aku menangis! Menangis sebab aku akan kehilangan seorang kakak yang 'BEST IN THE WORLD', seorang Head yang memahami perasaan anak-anak buahnye. Perasaan malu aku buang jauh-jauh, biar airmata aku yang mengatakan segalanya yang ada dalam hati aku. 

Aku pulang dengan hati yang bercampur-baur. Namun ada misi yang masih belum selesai, 'Suprise Farewell Dinner'. Harap Acik Yatt suka dengan apa yang kitorang buat untuk menghargai jasanya, walaupun apa yang kitorang lakukan kalau nak dikirakan memang tak seberapa. 

 kek dari Secret Recipe

 sessi makan-makan sedang berlangsung

friends forever

Otak aku mula berfikir, macam mana pulak hari Isnin nanti, meja sebelah Atie mesti da kosong. 'Atie, Nik, Saby, Syaza, mana akak kita yang sorang lagi?' Perlukah aku tanyakan soalan ni? Apa perasaan diorang semua nanti? Apakah mereka semua akan turut bersedih sama-sama dengan aku? Itu memang PASTI, kerana yang hilang mungkin akan berganti, tapi tak mungkin akan sama seperti yang dulu.

1 comment:

  1. Kite baru nak kenal2 ngan cik yat tu tp xsempat nk kwn lebih lame.. btw she is very nice person..;)

    ReplyDelete