Sunday, March 27, 2011

Pergi Tak Kembali (Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda Sakip bin Haji Hassan)

Semalam (27/03/2011) aku pulang ke kampung halaman di Pontian, untuk menemui bonda tercinta Hajah Saprah bte Janawi. Akak aku kata, dah hampir 4 hari Mak demam. Aku sememangnya tak boleh dengar Mak tak sihat. Pasti akan kukerahkan kudratku untuk pulang melawatnya. Jadi pada pukul 9.00 pagi aku memulakan perjalananku dari Taman Universiti. Lebih kurang pukul 9.45 pagi aku sampai di kampung, kepulanganku disambut dengan peluk cium dari Mak. Sesungguhnya, aku amat merinduinya. Walaupun kadangkala Mak yang menelefonku untuk bertanyakan khabarku dan juga isteri bila aku dah lama tak balik kampung, namun di lubuk hatiku ini Mak sentiasa kuingati.

Aku bersarapan dan kemudiannya menbaca suratkhabar bersama-sama Mak dan Ayah Aji. Lepas tu Mak dan Ayah Aji pergi jemputan kahwin di Ayer Baloi. Aku menonton tv sampai tertidur, entah bila kakakku dan anak-anak sedaraku sampai pon aku tak sedar. Petang pula, aku mengemaskan barang-barang untuk dibawa pulang ke Taman Universiti. Akak aku buat cupcake yang mana aku juga tak ketinggalan bawa balik untuk test market kat opis aku.  

                       Cupcake dalam tupperware kecik RM 1.50 sahaje


                        Sampel cuba rasa untuk kengkawan kat opis

Balik rumah je 5 bijik dah jahanam, al-maklumla aku ni bawak naik moto dan aku kalau naik moto reti plak bawak slow kan. Nak tak nak terpaksa la aku jadikan sampel jugak yang 5 bijik tu. Tapi yang bestnya, aku da berjaya jual 2 bijik. Kalau korang tetiba mengidam nak makan cupcake coklat dalam tupperware ni boleh la order dengan aku di talian 012-7428173 (Kurtdean@Ekaiy@Zam). Kalau korang nak beli dalam kuantiti yang banyak, boleh la runding sikit-sikit bab harga tu.

Pon begitu, terselit juga kisah sedih dalam hidup aku hari ni. Pemergian Ayahanda Sakip (Wak Sakip) benar-benar menyentapkan hati aku. Ye la, jarak masa aku bergerak balik dari Pontian dengan saat dia menghembuskan nafas terakhirnya tak jauh. Tak sampai satu jam pon. Baru 2 minggu yang lepas (13/03/2011) aku dan ahli keluargaku yang lain melawat Wak Sakip di rumahnya. Terkilan sebab tak dapat jumpa dengan Allahyarham di saat-saat akhir hayatnya. Hanya doa yang dapat kukirimkan. Buat Wak Yah sekeluarga, aku ucapkan takziah. Aku harap mereka dapat mengharungi dugaan ini dengan sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment